comscore
Tumpuan :
Nasional

Maahad tahfiz musnah dalam kebakaran

FOTO: Ihsan JBPM

JITRA: Bangunan asrama dan bilik guru Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin bahagian yang musnah membabitkan hampir 70 peratus daripada pusat maahad tahfiz berkenaan.

Bangunan asrama dan bilik guru musnah dalam kebakaran di Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin di Jitra hari ini. FOTO: Ihsan JBPM

Ketika kejadian, asrama terbabit kosong kerana semua pelajarnya berada di surau.

FOTO: Ihsan JBPM

Pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 2.44 petang.

Operasi pemadaman membabitkan anggota dari BBP Jitra, BBP Bukit Kayu Hitam, Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini