comscore
Tumpuan :
Nasional

MAIM raikan 5 pasangan pengantin baharu mualaf

FOTO : NSTP

MELAKA : Lima pasangan mempelai mualaf selamat diijabkabulkan dalam Majlis Pernikahan dan Walimatulurus Saudara Muslim di Bandar Hilir, Melaka hari ini.

Sebaik selesai akad nikah, pasangan mempelai terbabit diarak dengan beca di sekitar Bandar Hilir.

Pasangan terbabit kemudian diraikan dengan jamuan makan beradab di sebuah hotel terkemuka di Jalan Bendahara.

Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md Rawi Mahmud yang hadir ketika ditemui berkata, majlis pernikahan yang dijadikan acara tahunan itu ditanggung sepenuhnya agensi agama kerajaan negeri berkenaan.

MAIM, jelasnya, memperuntukkan lebih 120 ribu ringgit setiap tahun bagi membantu dan meraikan golongan mualaf di negeri itu untuk berkahwin.

“Balai Islam setiap tahun mengadakan majlis sebegini rupa tak semestinya sekali sekiranya kita apa ada lagi permohonan lain yang nak menikah ataupun bersanding ramai kita akan anjurkan jugak sebab untuk tahun ni kita masih ada peruntukan dan saya yakin insyaAllah sebelum hujung tahun ni akan ada satu lagi sekurang-kurangnya majlis yang serupa kita akan buat. ” ujarnya.

Tambah Datuk Md Rawi, sepanjang tahun lalu, seramai 13 pasangan pengantin mualaf diijabkabulkan di Melaka.

Program murni itu jelasnya mendapat kerjasama erat daripada badan bukan kerajaan, NGO, termasuk Pertubuhan India Muslim Melaka, PIMM, Persatuan Cina Muslim Malaysia, MACMA dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, PERKIM.

Bagi pasangan pengantin baharu mualaf pula, mereka bersyukur apabila majlis pernikahan tersebut berjalan lancar.

Mereka berasa terharu apabila tidak perlu mengeluarkan sebarang kos kecuali mas kahwin apabila MAIM bersedia menaja sepenuhnya majlis berkenaan.

Pasangan Alex Chua Kim Soon, 49 tahun, dan isteri, Lee Mei Kim, 43 tahun, tidak pernah terfikir bahawa hari bahagia mereka akan diraikan secara meriah mengikut adat Melayu.

“Kita memang rancang nak buat sendiri tapi kita tak ada bincang dengan keluarga kita ingat buat macam dalam skala yang kecik-kecil la tapi tak sangka kita dapat merayakan majlis dengan sangat meriah macam ni” katanya.

Loading...
Terkini