comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia selamat untuk dikunjungi – Kedutaan AS

Bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

KUALA LUMPUR: Malaysia dikategorikan sebagai negara yang selamat untuk dikunjungi, kata Kedutaan Amerika Syarikat (AS) biarpun terdapat dakwaan daripada seorang ahli akademik dari negara itu kononnya Malaysia tidak selamat untuk pengembara.

“Tiada perubahan dalam nasihat perjalanan AS untuk Malaysia yang kekal pada Tahap 1, tahap paling bawah daripada empat,” kata kedutaan AS sebagai respons terhadap dakwaan itu.

Semakan pada Nasihat Perjalanan Biro Hubungan Konsular Amerika Syarikat menunjukkan Tahap 1 adalah tahap nasihat paling rendah untuk keselamatan dan risiko keselamatan.

“Pada Tahap 1, pengembara seharusnya mengamalkan langkah berjaga-jaga yang normal terhadap risiko biasa dan kebimbangan yang mereka mungkin berhadapan di mana-mana perjalanan antarabangsa,” kata nasihat perjalanan itu.

Di Tahap 4 pula, ia menasihatkan rakyat AS supaya tidak pergi ke negara terbabit atau meninggalkannya secepat mungkin.

Bruce Gilley, seorang pensyarah Sains Politik di Portland State University, menghantar gambar beliau menyampaikan syarahan di Universiti Malaya (UM) di laman X dan diikuti dengan kapsyen “Pemimpin politik Malaysia menggesa holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan jadi pemain yang serius dalam hal-ehwal dunia”.

UM, yang memohon maaf kerana menjadi tuan rumah kepadanya juga mengecam Gilley kerana mendakwa Malaysia tidak selamat untuk pengembara selepas Putrajaya mengarahkan acara beliau dibatalkan kerana kenyataannya.

Gilley mengesahkan telah meninggalkan Malaysia pada 24 April lalu, sehari selepas dia menyampaikan syarahan di UM.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini