comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] “Mana ada serbu, cuma prosedur biasa ambil dokumen” – SPRM

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan agensi itu menyerbu pejabat Invoke Solutions Sdn Bhd dan menahan kakitangannya selama tujuh jam seperti didakwa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat PKR, Rafizi Ramli pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia, Kita Boleh di Wangsa Maju malam tadi.

Pegawai kanan SPRM yang dihubungi Buletin TV3 sebaliknya memberitahu kehadiran beberapa pegawai SPRM ke pejabat berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi adalah prosedur biasa sekiranya sesuatu siasatan dijalankan.

“Dia putar belit cerita dia, mana ada serbu, prosedur biasa bila ada orang buat dakwaan, jadi kita nak sahkan pergilah ambil dokumen itu, kaji dahulu, lain lah perkataan serbu tu bermakna satu operasi” katanya.

Jelas SPRM lagi, pihaknya juga tidak menahan mana-mana individu dan tiada keterangan diambil.

Sebaliknya pegawai SPRM hanya mendapatkan penjelasan berkaitan dokumen yang diperoleh.

Menurut pegawai kanan SPRM, kesemua dokumen berkenaan diambil untuk dikaji, susulan laporan dibuat oleh sebuah badan bukan kerajaan NGO minggu lalu berhubung pengisytiharan harta oleh calon PH bagi Parlimen Pandan itu.

Pada 2 November lalu, Rafizi tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih RM18.85 juta dan mendakwa tidak memerlukan dana awam untuk menjadikan dirinya kaya.

Beliau berkata pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 untuk berbuat demikian. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini