comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mangsa banjir di Kota Tinggi meningkat 4,652 orang setakat 9 malam

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di Kota Tinggi terus merekodkan peningkatan kepada 4,652 orang daripada 1,257 keluarga yang ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) daerah itu, pada jam 9 malam ini.

Ia berbanding hanya sejumlah 4,397 mangsa terjejas daripada 1,185 keluarga di 26 PPS, pada jam 4 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata jangkaan air pasang besar di sungai utama di Kota Tinggi malam ini meningkatkan kebimbangan, lebih ramai mangsa banjir di kawasan rendah akan terjejas.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, Kota Tinggi kekal menjadi daerah paling terjejas banjir dengan mangsa paling tinggi dengan perkembangan terbaru itu.

Bagaimanapun katanya, jumlah mangsa banjir Johor menurun kepada 7,341 orang daripada 2,046 keluarga yang ditempatkan di 49 pusat pemindahan sementara (PPS), di enam daerah terjejas, jam 9 malam ini.

Semalam, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dilaporkan mengeluarkan amaran tahap jingga iaitu hujan lebat berterusan dijangka melanda Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi, sehingga hari ini.

Manakala amaran tahap kuning iaitu hujan berterusan dijangka melanda Johor Bahru, Kulai, Pontian, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini