comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa kebakaran diberikan bantuan rumah transit

Foto: NSTP

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Semua mangsa kebakaran di tingkat 17 blok 70 flat Sri Sabah, Cheras akan diberikan rumah transit daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, semua keluarga terlibat boleh menduduki rumah transit di Flat Sri Johor bermula khamis ini.

“Rumah transit itu kita adakan di beberapa unit di Flat Sri Johor itu yang telah kita kenal pasti yang akan dijadikan sebagai rumah transit semua di sana”, katanya.

Bagi penduduk yang membeli rumah, mereka diberikan tempoh enam bulan untuk menduduki rumat transit itu, manakala mereka yang menyewa pula diberikan tempoh sehingga tiga tahun.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di di Pusat Pemindahan Sementara PPS di Sekolah Kebangsaan Sri Cheras siang tadi.

Seramai 16 penghuni melibatkan lima keluarga kehilangan rumah akibat kebakaran itu.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ,Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mangsa kebakaran turut menerima sumbangan berjumlah RM 7,300 setiap keluarga selain keperluan harian daripada  Jabatan Wilayah Persekutuan, DBKL dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Pihak DBKL juga akan melaksanakan kerja membaiki luar rumah yang terjejas akibat kebakaran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini