comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] MAQIS gagalkan cubaan seludup daging dan sosej babi

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam berjaya menggagalkan cubaan menyeludup daging dan sosej babi di laluan penumpang import di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Tindakan  menyembunyikan bahan mentah berkenaan bahagian belakang kenderaan ternyata gagal apabila berjaya dihidu pihak berkuasa.

DAGING dan sosej babi yang disembunyikan di bahagian belakang kenderaan di Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam. Foto: Ihsan MAQIS

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah, Hisham Abu Bakar berkata, pembongkaran helah itu dilakukan menerusi kerjasama pihaknya dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 32 kilogram daging dan sosej babi disorokkan di bahagian belakang kenderaan bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Kesemua barangan itu kemudian dirampas untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, penahanan itu bagi mengawal kemasukan produk babi untuk mencegah penyebaran demam babi Afrika (ASF).

“Tindakan penguatkuasaaan undang-undang melalui operasi bersama agensi akan terus diperkasakan.

“Ia bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasil pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit selain mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan,” katanya

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini