comscore
Tumpuan :
Nasional

Masih ada yang degil, main mercun selepas 12 tengah malam

FOTO: Sumber awam

PETALING JAYA: Masih ada pihak yang didapati ingkar, walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan amaran tidak bermain mercun selepas 12 tengah malam tadi.

Tinjauan mendapati beberapa lokasi sekitar Lembah Klang rancak dengan bunyi dentuman mercun selepas waktu yang dibenarkan sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Terdahulu, Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Alzafny Ahmad dilapor berkata, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) atau Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957, jika ada pihak didapati melanggar peraturan dengan bermain mercun selepas 12 tengah malam.

Sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya bermain bunga api di kawasan yang lapang dan tidak mengganggu ketenteraman awam serta mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini