comscore
Tumpuan :
Nasional

Masjid kendalian JAKIM, JAWI disaran anjur solat hajat esok

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Masjid dan surau seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta melaksanakan solat hajat esok, bagi memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat berikutan cuaca panas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, dalam kenyataan hari ini berkata, masjid dan surau di bawah dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta berbuat demikian.

“Negara sedang berhadapan keadaan cuaca panas dan kering yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian.
READ MORE

“Sehubungan itu, kita harap rakyat Malaysia terus berdoa supaya cuaca kembali dalam keadaan baik.

“Saya telah meminta masjid-masjid di bawah seliaan JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, untuk melaksanakan solat hajat pada 1 Jun,” katanya.

Jabatan Meteorologi sebelum ini menjangkakan Malaysia mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan sehingga Ogos, susulan peralihan monsun. – BERNAMA

Loading...
Terkini