comscore
Tumpuan :
Nasional

Semua masjid dan surau diingatkan pantau kod bar QR – JAKIM

Oleh Izzatie Rizan

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam (JAKIM) menasihatkan semua ahli jawatankuasa masjid dan surau supaya sentiasa memantau kod bar QR, pada kotak derma di masjid dan surau masing-masing agar sumbangan infaq tidak terlepas ke tangan pihak tidak bertanggungjawab.

Ia susulan tularnya rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial dalam kejadian yang berlaku di Indonesia, memaparkan seorang lelaki didakwa menukar kod bar pada kotak derma sebuah masjid.

FOTO: CNN Indonesia

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusof berkata pihak mengambil perhatian serius berhubung perkara itu meskipun ianya berlaku di luar negara.

“Orang ramai disaran untuk membuat semakan dengan teliti sebelum menyumbang melalui Kod QR bagi mengelakkan perkara yang tidak dingini.”

“Sekiranya merasa curiga dan ragu-ragu dengan kod QR di masjid dan surau, segeralah buat aduan kepada pihak masjid surau untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Polis Indonesia hari ini menahan penjenayah yang melakukan penipuan menukar kod bar QR, pada kotak derma di beberapa masjid di Jakarta Selatan, antaranya Masjid Istiqlal.

Malah polis turut menemui sekitar 50 pelekat kod bar QR palsu untuk menyeleweng dana daripada orang awam.

Loading...
Terkini