comscore
Tumpuan :
Dunia

Masjid dibiaya rakyat Malaysia musnah angkara bedilan rejim

Foto: Muslim Care Malaysia

GAZA: Masjid Muhammad Al-Amin di Gaza, Palestin yang dibina badan bukan kerajaan, (NGO) Muslim Care Malaysia, (MCM) musnah akibat ledakan bom rejim Israel.

Menurut NGO berkenaan, masjid itu dibina pada penghujung 2013 untuk kegunaan rakyat Palestin, tetapi musnah sepenuhnya akibat bedilan.

Bukan sekadar mencetus kedukaan umat Islam Palestin, tindakan membuta tuli rejim itu semestinya turut melukakan hati rakyat Malaysia yang dianggap simbolik bersatu hati sokongan tanahair ini terhadap Palestin.

Pada Sabtu, Hamas melancarkan Operasi Al-Aqsa sebagai mesej mempertahankan diri dan menjaga kedaulatan tanah air, selain membalas penindasan rejim Zionis sejak hampir satu abad.

Pegawai Perhubungan Antarabangsa Hamas, Khaled Qadoumi berkata, rakyat Palestin ketika ini berdepan penindasan oleh pentadbiran ekstrem Israel yang mencabuli pelbagai undang-undang antarabangsa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini