comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat ditanam belakang rumah selepas dibunuh

PETALING JAYA: Pergaduhan dua beradik berakhir dengan tragedi, apabila salah seorang maut dibunuh di Sungai Choh, Rawang, Selangor malam tadi.

Lebih tragis, mayat mangsa kemudian ditanam di belakang rumah.

Panik dengan kejadian yang berlaku, seorang lagi ahli keluarga bertindak menghubungi pihak polis.

Sepasukan polis termasuk Unit Anjing Pengesan K9 turut dipanggil untuk mengesan dan mencari bahan bukti di sekitar lokasi kejadian.

Mayat mangsa ditemukan dan dikeluarkan dari laman belakang rumah kira-kira jam 5 pagi tadi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Beliau  dijangka memberi maklumat lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Laporan lanjut menyusul.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini