comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ditemui

Lokasi mangsa dilaporkan hilang, dipercayai dibaham buaya. – FOTO: Bomba

KINABATANGAN: Lelaki yang hilang dipercayai dibaham buaya ketika memancing di tepi sungai Ladang Pontion Subok, Sukau, di sini, tengah hari tadi, ditemui meninggal dunia petang ini.

Mayat Firman Irwan, 24, ditemui orang awam, kira-kira 1.2 Kilometer dari lokasi dia disyaki dibaham buaya.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba Riki Mohan Singh Ramday, berkata mayat mangsa ditemui kira-kira jam 2.30 petang.

“Dia disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini dan memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 4.33 petang.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang buaya ketika memancing sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan melancarkan operasi SAR sebaik menerima maklumat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan, pada jam 1.32 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini