comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki lemas dua hari lalu ditemui 5 kilometer dari lokasi hilang 

Oleh: Zahir Senapiah

MUAR: Mayat seorang penduduk yang dilaporkan hilang di Sungai Muar dekat kampung Tanjung Olak, Bukit Pasir dekat sini dua hari lalu berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat, pagi tadi.

Mayat Halit Wahot, 36 ditemui sekumpulan nelayan jam 7.30 pagi ketika menyertai operasi mencari mangsa kira-kira 5 kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang.

Menurut kenyataan pusat gerakan operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, mayat mangsa ditemui berdekatan jeti Rahman, Belemang.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Seramai 34 anggota bomba dari 4 balai bomba sekitar daerah Muar terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa sejak beliau dilaporkan hilang 18 November lalu.

Turut serta dalam operasi itu 4 anggota angkatan pertahanan Awam (APM), 2 RELA, 2 anggota polis dan 10 ahli persatuan nelayan tempatan.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan teknik ‘surface searching’ menyelusuri sungai yang dibahagikan kepada 2 sektor iaitu sektor A membabitkan kawasan mangsa dilaporkan hilang hingga ke laut dan sektor B membabitkan kawasan mangsa dilaporkan hilang hingga sejauh 3 kilometer menghala ke Gresek.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini