comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat mangsa lemas ditemui, kedua belah kaki dan tangan hilang

Keadaan mayat mangsa yang hanya tinggal separuh badan ketika ditemukan. – FOTO: Ihsan BBP Tatau.

BINTULU: Hari ketiga operasi mencari seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa dia memasang pukat di kawasan Lubuk Menggeris di Sungai Annau di sini akhirnya ditemui.

Malangnya, mayat mangsa hanya tinggal separuh badan.

Kedua-dua belah kaki dan tangan hilang.

“Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati sememangnya terdapat tubuh seorang lelaki yang hanya tinggal separuh badan sahaja lagi yang mana bahagian punggung dan kaki termasuk kedua-dua belah tangan mangsa dipercayai dibaham buaya,” ujar Jankey Jikat, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau.

Menurut Jankey, mayat Nicholas Daniel dijumpai oleh anak saudaranya yang turut serta dalam usaha pencarian itu.

Mayat ditemui pada jam 1.41 tengah hari tadi, jarak 8 kilometer dari perahu yang digunakan mangsa semasa dia memasang pukat pada petang Khamis lepas.

Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.

Pada petang Khamis lalu, Nicholas, 38, dikatakan keluar memasang pukat dengan menggunakan sebuah perahu.

Pencarian yang dilakukan oleh ayah mangsa dengan bantuan penduduk kampung hanya menemukan perahu dinaiki mangsa termasuk parang dan selipar yang digunakannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini