comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Tambun Tulang

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

KANGAR: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Tambun Tulang, Simpang Empat, pada 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mayat lelaki dianggarkan berusia 30-an ditemui tidak berbaju dan hanya berseluar panjang berwarna kuning.

“Mayat tersebut dibawa ke tebing sungai oleh pihak bomba dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan di lokasi berdekatan mayat mangsa tidak menemukan sebarang kenderaan dan tidak terdapat sebarang dokumen pengenalan diri pada tubuh mangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Jelasnya, tiada orang awam di lokasi kejadian yang mengenali mangsa.

Berikutan itu, polis memohon kerjasama orang ramai untuk menghubungi Balai Polis Simpang Empat sekiranya terdapat kehilangan ahli keluarga.

Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk proses bedah siasat dan ujian DNA.

Loading...
Terkini