comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mayat lelaki rentung dalam kereta

 

Oleh : Fazli Ahmad

KUANTAN : Mayat seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di kawasan parkir di Jalan Putra Square, Sri Dagangan, di sini awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 6:58 pagi.

 

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah kereta di tempat parkir.

“Selepas membuat pemadaman anggota bomba menemui mayat seorang lelaki di tempat duduk pemandu dalam keadaan melecur hampir seluruh badan.

“Bomba sedang melakukan siasatan terperinci membabitkan pelbagai aspek termasuk menggunakan khidmat unit forensik bagi menyiasat punca kebakaran.” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Ismail berkata, identiti mangsa belum diperolehi dan mayat terbabit diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini