comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] MB Pahang angkat sumpah pagi ini

Oleh Fazli Ahmad

PEKAN: ADUN Jelai  Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Ia selepas beliau mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

FOTO: ADUN Jelai  Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Kerajaan Pahang tergantung kerana tiada parti memperolehi majoriti mudah 22 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang 19 November lalu.

Kemelut itu terungkai selepas Barisan Nasional (BN) yang menguasai 16 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) lapan kerusi setuju bekerjasama menubuh kerajaan negeri.

Menerusi kerjasama itu, BN dan PH  menguasai 24 kerusi DUN Pahang.

Baki 17 kerusi daripada Perikatan Nasional (PN).

 

Pemangku Raja Pahang memberi kepercayaan melantik  Wan Rosdy menerajui Pahang, selepas baginda berkenan menerima menghadap dan mendengar cadangan, usul serta hasrat kepimpinan parti-parti politik berkaitan susulan keputusan PRU-15.

Berdasarkan aturcara diperolehi, istiadat dijadualkan bermula jam 1030 pagi dan Pemangku Raja Pahang berangkat ke Balairung Seri, Istana Abu Bakar jam 11 pagi.

Selepas pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan, Tengku Hassanal dijadualkan berkenaan menyampaikan titah.

Wan Rosdy mengekalkan kerusi DUN Jelai disandangnya sejak 2004 dengan majoriti 6,983 undi 19 november lalu.

Pelantikan jawatan menteri besar dibuat berdasarkan kuasa diperuntukkan kepada Raja pemerintah seperti dinyatakan dalam bahagian dua, perkara 3 (1) undang-undang tubuh Kerajaan Pahang.

Loading...
Terkini