comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemangku Raja Pahang solat sunat Aidilfitri di Pekan


Oleh Fazli Ahmad

PEKAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenaan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira jam 8:30 pagi disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Dr. Sallehudin Ishak.

Baginda kemudian menunaikan Solat Sunat Aidilfitri diimamkan Iman 1, Masjid Sultan Ahmad Shah, Mohd Faizal Abdul Manaf diikuti khutbah disampaikan Kadi Pekan, Mohd Arif Jamin.

Turut menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di masjid sama ialah barisan Exco Pahang dan ketua-katua jabatan.

 


Selesai solat Tengku Hassanal berkenaan menyantuni jemaah seterusnya berangkat menziarahi makam diraja berhampiran Masjid Sultan Ahmad Shah.

Baginda kemudian berangkat Majlis Jamuan Aidilfitri Pemangku Raja Pahang bersama rakyat di Dewan Jubli di Rompin.

Loading...
Terkini