comscore
Tumpuan :
Nasional

MCMC nafi terima arahan padam akaun TikTok Sanusi

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan terima sebarang arahan untuk menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok milik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor seperti yang didakwanya semalam.

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan, platform media sosial mempunyai garis panduan komuniti (Community Guidelines) yang menentukan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pengguna secara automatik apabila terdapat pelanggaran terhadap panduan tersebut, mahupun berdasarkan aduan orang ramai.

Artikel berkaitan: Kerajaan tiada kuasa sekat akaun TikTok Sanusi, banyak kerja lain -Saifuddin 

Garis panduan komuniti sedemikian menetapkan jangkaan, mempromosikan keterangkuman dan mengurangkan kandungan memudaratkan atau yang berbaur jelik yang boleh mengganggu keharmonian dalam komuniti.

Semalam, Datuk Seri Muhammmad Sanusi yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mendakwa akaun TikToknya disekat sekaligus menghalang usahanya untuk berkempen secara maya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), hujung bulan ini.

Dalam satu ceramah di Baling malam tadi, beliau mendakwa akaun TikTok dengan jumlah 5.2 juta ‘like’ hilang secara tiba-tiba.

Justeru, beliau mahu pihak berkaitan mengaktifkan semula akaun TikTok miliknya bagi memudahkannya mendekati rakyat.

Loading...
Terkini