comscore
Tumpuan :
Nasional

Jangan sebar, kongsi visual atau gambar mangsa pesawat terhempas di Elmina – MCMC

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan pihak terlibat bahawa tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas sebarang perkongsian melibatkan gambar atau video mangsa tragedi pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam semalam.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini berkata berkongsi gambar mahupun rakaman video mangsa nahas berkenaan bukan
sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa malah melanggar prinsip serta etika yang paling asas.

“Adalah penting untuk semua individu untuk membuat pertimbangan sewajarnya dengan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Menurut MCMC, adalah penting untuk kita menjaga sensitiviti keluarga mangsa nahas pesawat di Elmina.

Tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel berkaitan : Nahas pesawat di Elmina: Jangan sebar imej, video mangsa terkorban 

Loading...
Terkini