comscore
Tumpuan :
Hiburan

Menantu mohon cerai, Patimah enggan komen

KUALA LUMPUR : Datin Patimah Ismail enggan mengulas permohonan cerai difailkan menantu, Puteri Sarah Liyana terhadap anaknya, Syamsul Yusof di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, pagi tadi.

Patimah yang selama ini dilihat antara individu yang banyak menyokong tindakan Puteri Sarah dalam menangani kemelut rumah tangga, enggan lagi mengeluarkan kenyataan kerana mendakwa sering diputar belit.

“Minta kaaf, saya tidak boleh bercakap lagi kerana kata-kata saya diputar belit wartawan… Minta maaf ya,” pintanya sebelum menamatkan panggilan BH Online.

Patimah yang juga isteri penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam menjadi perhatian dalam kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah apabila kerap memberikan reaksi balas termasuk komen dalam media sosial.

Semalam, Patimah dilihat berkongsi klip video memaparkan ulama terkemuka Ustaz Ismail Menk mengulas mengenai rumah tangga dan kekeluargaan.

Dalam video itu, Ismail meminta suami agar berbuat baik kepada isteri dan keluarga.

Patimah sebelum ini dilaporkan memuat naik hantaran Instagram (IG) Story berkongsi perasaan geram terhadap Ira Kazar yang disifatkan perampas kebahagiaan keluarga orang lain.

“Salahkah apa yang saya luahkan? Itu kebenarannya. Kalau salah, makin ramailah perosak rumah tangga orang. Biar Allah hukum mereka-mereka ini,” katanya. – BERITA HARIAN

CAPTION: Patimah enggan lagi mengeluarkan kenyataan mengenai kemelut rumah tangga anak dan menantu kerana mendakwa sering diputar belit media. – Foto: Instagram Patimah Ismail

Loading...
Terkini