comscore
Tumpuan :
Hiburan

“Sarah tahu, mama dan papa sedih”  – Puteri Sarah

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah Liyana menganggap hubungan baik antara dia dan ibu, bapa mentuanya, Datin Patimah Ismail serta Datuk Yusof Haslam tidak akan pernah berubah.

Dalam hantaran Instagram Story, Puteri Sarah menegaskan walau apa pun berlaku dia tetap menyayangi kedua-duanya.

“Sarah tahu, mama dan papa sedih. Walau apa pun berlaku, mama dan papa tetap mama dan papa buat Sarah. Takkan berubah. Saya akan sayang kalian berdua hingga ke penghujungnya,” tulisnya.

Artikel berkaitan: Syamsul ceraikan Puteri Sarah talak satu

Dia turut memaparkan tangkap layar perbualannya dengan  Patimah.

Dalam perbualan itu, Patimah turut menyatakan perkara sama kepada Puteri Sarah.

“Papa kata, tak ada apa yang berubah antara Sarah dengan keluarga Mama. Kami tetap sama seperti dulu,” tulis Patimah.

Semalam, Puteri Sarah secara rasmi diceraikan dengan talak satu buat kali kedua oleh bekas suaminya yang juga pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Loading...
Terkini