comscore
Tumpuan :
Kes

Mentega Terbang: Polis mulakan siasatan

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka satu kertas siasatan berhubung filem kontroversi Mentega Terbang selepas menerima lapan laporan polis.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksan dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Kes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, filem indie, Mentega Terbang yang ditayangkan di platform penstriman digital mencetuskan kontroversi dengan memaparkan jalan cerita bertentangan dengan agama Islam dan dimainkan oleh pelakon beragama Islam.

Filem arahan Khairi Anwar dan diterbitkan Tan Meng Kheng itu mula ditayangkan melalui platform penstriman Viu pada 19 Januari lalu.

Skrip ditulis bersama Khairi Anwar, Arjun Thanaraju dan Ting Teng Hui.

Loading...
Terkini