comscore
Tumpuan :
Nasional

Menteri Pertahanan India lawat WTCKL

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Kesempatan itu turut digunakan Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim untuk menjelaskan jaringan kerjasama baik yang terjalin antara pihaknya dengan Pusat Dagangan Dunia di India.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Conference and Exhibition World Trade Centre Association (WTCA) turut menawarkan usahasama bersama pemain industri perdagangan India untuk menjadikan WTCKL lokasi pilihan pameran juga konvensyen bersesuaian.

Semalam, Rajnath mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya.

Difahamkan lawatannya ke Malaysia buat julung kali itu, dalam usaha meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala.

Kedua-dua pemimpin dimaklumkan saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Loading...
Terkini