comscore
Tumpuan :
Kes

[VIDEO] Mesin penghantar bergetah kilang simen terbakar

 

Oleh Kumaran Rajamoney

LANGKAWI: Mesin penghantar bergetah di sebuah kilang simen di Langkawi, Kedah musnah dalam kebakaran siang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri dalam satu kenyataan memaklumkan kebakaran itu berlaku jam 11 pagi tadi.

Susulan insiden itu, dua jentera dan satu ‘water tanker’ digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.

FOTO: JBPM Negeri Kedah

Kebakaran berjaya dipadamkan pasukan organisasi keselamatan kilang berkenaan.

FOTO: JBPM Negeri Kedah

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.24 petang.

Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini