comscore
Tumpuan :
Nasional

Mesyuarat Pembubaran DUN Dijangka Berlangsung Minggu Hadapan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. – FOTO: NSTP

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

SELANGOR: Mesyuarat berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak dijadualkan berlangsung minggu depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan, mesyuarat itu akan dihadiri Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi keenam-enam negeri untuk menentukan tarikh bersesuaian bagi membubarkan DUN masing-masing.

“Kita akan berbincang dan insha Allah saya juga akan hubungi SPR supaya hadir dan kita akan berbincang apa yang pilihan yang terbaik atau bila waktu sesuai untuk pembubaran DUN dilakukan”.

Difahamkan, mesyuarat mengenai pembubaran DUN tersebut dilakukan akan ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 22 dan 23 Februari ini.

Jelas Datuk Seri Amirudin Shari lagi, pertemuan secara tidak rasmi sebanyak tiga kali bersama lima lagi Ketua Menteri dan Menteri Besar sudah dilakukan sebelum ini.

Antara intipati pertemuan itu adalah membincangakan langkah terbaik bagi penjimatan kos untuk PRN dan penyelarasan tugas Suruhanjaya Pilihanraya.

Datuk Seri Amirudin Shari ditemui media selepas sesi ramah mesra bersama penduduk Klang di Warung Kukus bersempena Jelajah @Kita Selangor Penyayang.

Awal bulan ini, kerajaan Negeri Sembilan memaklumkan akan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN yang dijangka 1 Jun depan.

Terdahulu, media melaporkan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi bayangan DUN negeri itu akan dibubarkan selepas 18 Jun depan bagi membolehkan PRN diadakan.

Untuk rekod, PRN membabitkan keenam-enam negeri berkenaan perlu diadakan selewat-lewatnya pada Julai tahun ini.

Loading...
Terkini