comscore
Tumpuan :
Nasional

Selangor rancang tambah kuarters penjawat awam

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor di Shah Alam. – FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Berita baik buat penjawat awam apabila Kerajaan negeri Selangor merancang membangunkan semula dan menambah kuarters penjawat awam Persekutuan di Selangor tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek pembangunan semula kuarters yang akan dilaksanakan itu membabitkan kerjasama dengan pihak swasta.

“Kita mengenalpasti ada beberapa lot kuarters kerajaan yang dibina dengan kaedah lama… jadi kita sedang fikirkan macam mana kita hendak bangunkan semula.

“Sebelum ini ada isu beberapa isu berkenaan (status) tanah… tetapi saya sudah dapat penyelesaian tertentu bagaimana tanah itu boleh dibangunkan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama pihak swasta.

“Kalau tidak sempat untuk laksanakan (proses pembangunan semula) tahun ini. Kita akan ‘coordinate’ ketika belanjawan (negeri) untuk tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor di Bukit Jelutong di sini, hari ini.

Amirudin berkata, selain membangunkan semula, pihaknya merancang menambah lagi kuarters berkenaan memandangkan jumlah penjawat awam di Selangor sangat ramai.

“Ada banyak (kuarters di Selangor) seperti di Seksyen 8 malah di setiap daerah ada kawasan penjawat awam (tetapi) tidak cukup sebab jumlah penjawat awam ramai.“

Jadi kita perlu menambah lagi (kuarters). Sebahagiannya kita perlu bina ‘high rise’ atau bangunan tinggi yang mempunyai melengkapkan kemudahan yang baik.

“Ia sudah dilaksanakan pun di banyak tempat sebagai contoh di Jalan Duta iaitu perumahan untuk penjawat awam dalam bidang pertahanan dan sebagainya,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini