comscore
Tumpuan :
Nasional

Mesyuarat Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan pertama diadakan hari ini

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

PETALING JAYA: Mesyuarat Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan pertama kali diadakan hari ini memperkukuh kolaborasi dan membina rangkaian kerja wanita merentas parti.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan Pengerusi Wanita Pakatan Harapan (PH), Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu.

Majlis Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan berkata, Konvensyen Wanita Perpaduan akan diadakan sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia pada 14 Mei nanti.

Katanya, konvensyen tersebut juga akan menggunakan tema sama iaitu “Malaysia Madani: Mewajahi Masa Depan Malaysia”.

“Bersempena dengan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia yang akan diadakan pada 14 Mei 2023, Majlis Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan akan turut menganjurkan Konvensyen Wanita Perpaduan di sebelah pagi bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Konvensyen Wanita Perpaduan akan turut menggunakan tema yang sama iaitu “Malaysia Madani: Mewajahi Masa Depan Malaysia” dengan memfokuskan kepada agenda ekonomi, pembinaan Negara Bangsa dan peranan wanita dalam konteks Malaysia Madani,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, Majlis Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan berharap konvensyen tersebut dapat memperkukuh agenda Kerajaan Perpaduan dibawah teraju Malaysia Madani.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan adalah Ketua-Ketua Wanita Parti Komponen dalam PH dan BN.

Loading...
Terkini