comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] KONGRES PKR 2023: Parti komponen Kerajaan Perpaduan kekal setia, tolak ‘tebuk atap’

 

PUTRAJAYA: Parti-parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan menolak dengan tegas segala percubaan pembangkang untuk “menebuk atap” dalam usaha meruntuhkan kerajaan.

Malah, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pimpinan parti-parti politik itu kekal setia dengan prinsip dan tatakelola pentadbiran baik selama setahun.

”Ya satu tahun berlalu, pada peringkat awal, memang sedikit terumbang ambing, kerana sentiasa ada percubaan mengintai dan mengintip, menggesa dan mendesak untuk mengulangi amalan tebuk atap, tetapi kesetiaan sahabat sahabat teruji.

”Ada yang ditawarkan macam-macam termasuklah jawatan Perdana Menteri dan banyak lagi,” dedahnya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres PKR di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Presiden PKR bagaimanapun berkata, pimpinan parti dan barisan jemaah menteri telah memilih untuk memastikan agar kerajaan kekal inklusif dengan induk Melayu-Bumiputera dan mewakili semua kaum dan wilayah.

Tumpuan utama kerajaan ujarnya adalah untuk memulihkan ekonomi melalui tatakelola yang baik dan dasar ekonomi yang meyakinkan.

Jelasnya, penekanan dan tumpuan dalam urusan ekonomi menampakkan hasilnya dengan prestasi ekonomi yang memberangsangkan dengan tahap pengangguran berjaya diturunkan kepada kadar 3.4 peratus pada September lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini