comscore
Tumpuan :
Nasional

MPI lantik enam Ahli Majlis Pentadbir baharu

Berdiri dari kiri: Azri Atan, Choo Joon Kian, Zamri Rambli, Ainol Amriz Ismail. Duduk dari kiri: Datuk Akhbar (Setiausaha Syarikat MPI), Datuk Yong Soo Heong, Datuk Mustapa Omar, Farrah Naz Karim dan Brian Martin.

CYBERJAYA: Enam ahli baharu dilantik sebagai Ahli Majlis Pentadbir Malaysian Press Institute (MPI) pada Mesyuarat Agung Tahunan MPI yang diadakan di sini hari ini.

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin; Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli; Pengarang Kanan, Pentadbiran, Digital & Ehwal Semasa, Jabatan Berita & Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Mohd Azri Atan; Penolong Pengarang Utusan TV, Ainol Amriz Ismail; Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Media Corporation Sdn Bhd, Choo Joon Kian dan Ahli Kehormat Persatuan Wartawan Sabah, Dr. Diana Dominic.

Pemilihan ini dibuat mengikut Memorandum dan Artikel Persatuan MPI.

Ini menjadikan jumlah Ahli Majlis Pentadbir MPI seramai sembilan orang termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju untuk melantik semula tiga jawatan utama Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden iaitu Datuk Yong Soo Heong, Farrah Naz Karim dan Brian Martin bagi tempoh dua tahun.

Ahli mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan pindaan perlembagaan MPI yang berusia 17 tahun perlu dirombak sesuai dengan keperluan semasa dan masa depan.

Menurut Yong, mesyuarat hari ini melambangkan kesinambungan pembaharuan dalam kegiatan MPI di mana ahli diberi kuasa untuk menyuarakan pendapat mereka supaya pentadbiran MPI boleh dijalankan secara lebih inklusif dan lancar.

Ahli MPI bergambar selepas berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan MPI di Cyberjaya hari ini.

Tambah beliau, barisan kepimpinan MPI akan akur kepada permintaan daripada ahli supaya kegiatan latihan yang menjadi teras kegiatan utama sentiasa ditingkatkan demi kebaikan industri kewartawanan dalam negara.

Ahli Majlis Pentadbir adalah badan tertinggi dalam pengurusan pentadbiran MPI, berperanan sebagai pembuat dasar dalam menentukan hala tuju dan masa depan MPI.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini