comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Murid perempuan 11 tahun ditemukan lemas, rakan masih hilang

RANTAU PANJANG: Seorang murid perempuan Tahun Lima ditemukan lemas, manakala rakannya masih hilang selepas terjatuh di sungai Kampung Petai Dusun, di sini, kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Azmi Jaafar, berkata Siti Aishah Mahzi, 11, ditemui jam 7.15 malam sebelum dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah (HTM) di sini.

Beliau berkata, rakan mangsa Nur Damia Qaisara, 11, masih belum ditemui.

“Pihak bomba menerima laporan berkaitan kes lemas dan sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Seorang murid perempuan Tahun Lima ditemukan lemas, manakala rakannya masih hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Petai Dusun, Rantau Panjang petang tadi.- Foto: NSTP

“Berdasarkan laporan, kedua-dua mangsa berusia 11 tahun dan mangsa pertama ditemui jam 7.15 malam sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SARS) bagi mengesan seorang lagi mangsa sedang dijalankan,” katanya.

Loading...
Terkini