comscore
Tumpuan :
Nasional

Musim tengkujuh dijangka bermula pertengahan bulan depan hingga Mac 2024

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Negara sudah mengalami cuaca tidak menentu dengan ribut petir dan hujan lebat sehingga banjir di beberapa kawasan walaupun masih berada dalam Fasa Peralihan Monsun.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, musim tengkujuh yang dikaitkan dengan banjir lazimnya berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut yang kebiasaannya bermula pertengahan bulan November hingga Mac tahun berikutnya.

Menurut MetMalaysia, ketika ini rantau negara lazimnya menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang menyebabkan berlaku ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung,” katanya.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan bersiap sedia menghadapi musim Monsun Timur Laut dengan memberi perhatian serius terhadap kawasan riadah berisiko seperti gua dan tanah tinggi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini