comscore
Tumpuan :
Nasional

JBPM Terengganu siap siaga hadapi musim tengkujuh 

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU:  Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu siap siaga bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku lebih awal tahun ini.

Pengarahnya, Hassan As’ari Omar berkata, tumpuan khusus diberikan di Daerah Hulu Terengganu yang dijangkakan berisiko tinggi berlaku banjir, selain Daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu dan Kemaman.

“Ada informasi yang kita terima selain di kawasan Setiu dan Besut akhir-akhir ini kawasan di daerah (Hulu Terengganu) Kuala Berang juga akan jadi fokus selain daerah Kuala Terengganu dan lain-lain kawasan Dungun dan Kemaman ada juga tapi iu dua tiga daerah kawasan itu yang  akan lebih difokuskan,” katanya.

Jelasnya, selain itu pihaknya turut mengenalpasti kawasan berisiko banjir mellibatkan lima lembangan sungai antaranya lembangan Sungai Terengganu, Sungai Besut, Sungai Setiu, Dungun dan Sungai Kemaman.

Manakala terdapat 192 kawasan berisiko banjir juga dikenal pasti membabitkan 8 daerah di negeri itu.

Antaranya, daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sebanyak 15 kawasan, Marang 27, Besut 29, Setiu 21, Dungun 32, Kemaman 39 dan Hulu Terengganu 29 kawasan.

Seramai 690 pegawai dan anggota akan ditempatkan di kawasan terbabit sekiranya berlaku banjir.

Hassan As’ari berkata demikian selepas menghadiri perhimpunan bulanan JBPM di Kuala Terengganu.

Pada majlis itu, TV3 Terengganu turut menerima sijil penghargaan sebagai menghargai sumbangan dan kerjasama kepada JBPM, ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas, tragedi Jeram Mawar di Sungai Teladas, Kampung Air Putih Kemaman, Julai lalu.

Loading...
Terkini