comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga asing di Jalan Silang ada dokumen pengenalan diri – Imigresen

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Jafri Embok Taha ketika sidang media pada Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia Tahun 2024 di sekitar Brickfields, Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Warga asing di sekitar Jalan Silang disahkan mempunyai dokumen pengenalan diri lengkap.

“Berdasarkan operasi dan pemeriksaan yang dijalankan di kawasan berkenaan adalah sebahagian besar mereka (warga asing) yang berada di Jalan Silang, mempunyai dokumen pengenalan diri lengkap,” jelas Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya, Jafri Embok Taha, ketika mengulas situasi terkini di kawasan berkenaan selepas diserbu 21 Disember lalu.

“Ada antara mereka memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS), Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan dokumen Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0.

Jafri memeriksa dokumen perjalanan sebahagian warga asing yang ditahan pada Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia Tahun 2024 di sekitar Brickfields, Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP

“Mereka ada dokumen dan menjadikan kawasan itu sebagai tempat mereka berkumpul serta bertemu dengan rakan-rakan senegara,” katanya

Jafri turut mengulas lapan kawasan panas lokasi dipenuhi warga asing di seluruh negara yang didedahkan oleg Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini.

“Kita Sudan mengenal pasti ‘hot spot’ berkenaan dan akan mengambil tindakan susulan dalam masa terdekat.

“Tindakan akan dilakukan secara bersepadu bersama PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lokasi berkenaan bagi memastikan elemen Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dapat dibanteras,’ katanya selepas Operasi Sapu di Brickfields, di sini, petang tadi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini