comscore
Tumpuan :
Nasional

NADMA nafi edar borang bantuan banjir

PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan tidak pernah mengedarkan sebarang borang untuk pendaftaran bantuan banjir Monsun Timur Laut (MTL).

NADMA dalam satu kenyataan menjelaskan agensi itu tidak terlibat dalam sebarang proses pendaftaran, kelulusan dan agihan bantuan, sebaliknya semua urusan berkaitan bantuan banjir perlu berhubung dengan pejabat daerah terdekat.

Menurut NADMA, urusan pendaftaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi mangsa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) adalah berdasarkan senarai Ketua Isi Rumah (KIR) yang didaftar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bagi mangsa yang tidak berpindah ke PPS, KIR boleh mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat atau di pejabat daerah mengikut lokaliti,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, dilaporkan wujud borang dikatakan berkaitan bantuan banjir menggunakan nama NADMA yang mengandungi bahagian untuk mengisi maklumat peribadi mangsa bencana itu.

Loading...
Terkini