comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas bas-treler: Sampel air kencing dan darah pemandu bas persiaran diambil

KUANTAN: Polis sudah mengambil sampel air kencing dan darah pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan bas persiaran dan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin, semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan, Nor Azman Yusof berkata setakat ini, pihaknya menunggu laporan keputusan sampel air kencing dan darah berkenaan.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini. Air kencing dan darah pemandu bas berusia 50 tahun sudah diambil.

“Semua yang terbabit dalam kemalangan itu memberi kerjasama baik kepada pihak polis.

“Namun, siasatan menyeluruh masih dijalankan,” katanya kepada media hari ini.

Dalam nahas awal pagi semalam, empat maut manakala 35 cedera selepas bas yang dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras terbabit kemalangan.

Mangsa yang maut ialah Penolong Kanan SK Jeram, Masjid Tanah Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48; pemandu kedua bas, Hadi Asyraf Mad Idris, 29; pembantu operasi sekolah, Hamzah Ahmad, 60, dan guru, Dahlia Ahmad, 52.

Bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan merempuh sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini