comscore
Tumpuan :
Hiburan

Naim Daniel cedera mercun bola meletup depan muka

Naim alami cedera ringan pada bahagian dahi dan tangan kanan selepas mercun bola yang dipegangnya meletup sebelum sempat dilemparkan. -Foto: Naim Daniel/Instagram

KUALA LUMPUR: Naim Daniel mengalami cedera ringan pada bahagian dahi dan tangan kanan selepas mercun bola yang dipegangnya meletup sebelum sempat dilemparkan.

Penyanyi dan komposer popular, Muhammad Naim Daniel Baharin, 26, berkata kejadian itu berlaku ketika sedang seronok bermain mercun bersama anggota keluarga di kampung halamannya di Melaka.

“Kejadian berlaku cukup pantas. Saya nampak sumbu mercun masih panjang dan belum sempat saya campak mercun bola, tiba-tiba ia meletup.

“Memandangkan mercun meletup depan muka, dahi saya mengalami luka kecil dan kuku jari kanan saya pecah.

“Saya kemudiannya pergi ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Tiada jahitan dikenakan, cuma kena balut di bahagian yang cedera,” katanya kepada BH Online.

Kejadian mercun bola meletup beri pengajaran untuk lebih berhati-hati, kini hanya bermain bunga api. -Foto: Naim Daniel/Instagram

Ditanya adakah serik bermain mercun selepas insiden malang itu, penyanyi lagu Sumpah dan Mainan ini berkata, kejadian itu memberi pengajaran kepadanya untuk lebih berhati-hati.

“Selepas insiden ini, saya hanya bermain bunga api. Kena marahlah juga dengan mak sebab tidak berhati-hati ketika main mercun,” cerita Naim sambil tertawa.

Terdahulu, juara Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL 34) itu turut berkongsi kemalangan yang dialaminya dalam hantaran di Instagram (IG) dan menasihatkan pengikutnya tidak bermain mercun bola jika tidak mahu kecederaan menimpa.

Loading...
Terkini