comscore
Tumpuan :
Hiburan

[VIDEO] Famili Duo: Zaki Yamani & Yamani Abdillah tepati ramalan, bawa pulang RM100,000

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

SHAH ALAM: Pasangan duo adik-beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai juara Famili Duo Musim Ke-2.

Selaku juara, Zaki dan Yamani Abdillah membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai bernilai RM100,000.

Lebih manis, persembahan akhir duo adik-beradik ini turut disaksikan secara langsung bapa mereka, Datuk Jamal Abdillah yang turut hadir bersama ahli keluarga.

“Kali pertama juga dapat sampai ke final dan bergelar juara, Alhamdulillah!

“Saya rasa kehadiran Zaki bersama-sama saya untuk Famili Duo ini menyatukan kolaborasi yang tepat dan saya sepatutnya berduet dgn dia dah lama lah”, ujar Yamani ketika ditemui pemberita.

Beraksi dalam format dua pusingan, Zaki dan Yamani menyanyikan medley Potret yang dipopularkan oleh Akim And The Majistret dan di pusingan kedua, duo ini menyanyikan lagu Pelukan Angkasa, yang merupakan karya lagu dipopularkan Sekumpulan Orang Gila.

Ternyata, persembahan mantap Zaki dan Yamani pada pentas akhir serta konsistensi sepanjang tujuh minggu gagal ditandingi pasangan peserta yang lain.

Ayda Jebat dan Fyna Jebat

Naib juara adalah pasangan duo The Jebats iaitu Ayda Jebat & Fyna Jebat yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000.

Bella Astillah dan Wani Kayrie

Manakala Bella Astillah & Wani Kayrie ditempat ketiga, mendapat wang tunai sebanyak RM15,000.

Naim Daniel dan Sissy Iman

Naim Daniel & Sissy Iman memenangi tempat keempat dan hadiah bernilai RM10,000. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Loading...
Terkini