comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Nak tunggu sampai bila pasaran modal, ringgit terus jatuh’ – Isham

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil. – FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menyifatkan kejatuhan pasaran modal dan ringgit ketika ini sebagai satu krisis yang perlu dibincangkan segera oleh kerajaan.

Ahli MKT UMNO, Isham Jalil berkata ini kerana ringgit sudah lama jatuh hingga memberi kesan buruk kepada kenaikan harga barang dan makanan negara yang kebanyakannya bergantung kepada import.

“Rafizi (Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli) kata kerajaan tidak bincang lagi pun tentang sama ada kerajaan akan campur tangan untuk mempertahankan ringgit. Dia kata kita bukan ada banyak rizab pun untuk mempertahankan ringgit. Saranan saya, kerajaan perlu bincang segera. Ringgit sudah lama jatuh dan terus jatuh dan ini memberi kesan buruk kepada kenaikan harga barang dan makanan yang banyak bergantung kepada import,” katanya menerusi perkongsian di Facebook, hari ini.

Isham berkata ada banyak cara kerajaan boleh mempertahankan ringgit dan bukan hanya dengan menggunakan rizab.

“Perlu bincang segera, jika tidak takkan kerajaan ingin biarkan ringgit jatuh begitu sahaja, Rafizi?,” katanya.

Loading...
Terkini