comscore
Tumpuan :
Nasional

Nancy Shukri dipilih sebagai Menteri Wanita

FOTO : NSTP

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri dipilih sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu juga pernah memegang portfolio Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam tempoh beberapa bulan.

Nancy yang juga Penolong Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak, turut memegang jawatan sebagai Setiausaha Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak dan Setiausaha Pergerakan Wanita Barisan Nasional.

Beliau memenangi kerusi parlimen Santubong dengan majoriti sebanyak 38,681 dengan jumlah undi yang diperolehi 43,739 atau 84.42 peratus undi pada Pilihanraya Umum ke -15 (PRU15).

Loading...
Terkini