comscore
Tumpuan :
Nasional

Nilai, Seremban, Petaling Jaya antara lima kawasan IPU tidak sihat pagi ini

Lima stesen di Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai dan Seremban merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.

KUALA LUMPUR: Lima stesen di Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai dan Seremban merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan melebihi 101, setakat jam 9 pagi ini.

IPU paling tinggi di Nilai, Negeri Sembilan iaitu 156, diikuti di Cheras (154) dan Seremban (142) manakala dua lagi stesen iaitu di Banting, Selangor dan Petaling Jaya, pula masing-masing merekodkan bacaan 119 dan 109.

Sementara itu, 60 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana dengan bacaan 51 hingga 100.

Antaranya Mentakab, Pahang dengan bacaan 68, Seri Manjung, Perak (67), Tangkak, Johor (82), Mukah, Sarawak (60) dan Keningau, Sabah (58).

Hanya tiga kawasan di seluruh negara merekodkan tahap IPU yang baik dengan bacaan antara 0 hingga 50.

Kawasan terbabit ialah Kimanis, Sabah dan Langkawi di Kedah dengan bacaan masing-masing 50 serta Kangar, Perlis (47).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Loading...
Terkini