comscore
Tumpuan :
Nasional

Operasi SAR belum dapat jejak Hawari

FOTO : NSTP

PUTRAJAYA: Misi pencarian pendaki Malaysia Everest (ME2023), Muhammad Hawari Hashim yang dipercayai hilang di Kem Empat kawasan pergunungan Everest sejak 19 Mei lalu semakin singkat dan hanya berbaki 72 jam.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang menggunakan dron berteknologi tinggi menemui jalan buntu.

Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata, walaupun radius pencarian diperluaskan dari Kem Dua ke Kem Tiga, namun pendaki berusia 33 tahun itu masih tidak dapat dikesan.

Menurutnya, operasi SAR masuk hari kedua disertai jurukamera berpengalaman dari Nepal dan dua malim gunung.

Katanya, manakala pendaki ME2023, Tiong Ling Yang dan pengurus pasukan, Ayu Wanirah Naharuddin ditempatkan di Gorakshep (5,164 meter dari aras laut).

“Operasi SAR masuk hari kedua namun masih belum menemui sebarang petunjuk,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azim berkata, ketika ini hanya mereka berempat berada di Kem Dua selepas pihak berkuasa Nepal menutup aktiviti pendakian  Isnin lalu.

Menurutnya, hari ini mereka juga sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa udara Nepal untuk menerbangkan dron sehingga 8,600 meter dari aras laut dan berjaya menerbangkan sehingga 6,500 meter dari aras laut.

Katanya, operasi menerbangkan dron diadakan sebanyak tiga pusingan semalam dan masih berdepan jalan buntu.

Loading...
Terkini