comscore
Tumpuan :
Nasional

Ops Bersih: DBKL keluar 36 kompaun, 136 kenderaan diperiksa

FOTO : DBKL / FACEBOOK

KUALA LUMPUR: Sebanyak 36 kompaun di keluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemilik kenderaan dalam Operasi Bersih (Ops Bersih) Siri 2/2023 di Jalan Sungai Besi dan Jalan Tun Razak di sini, hari ini.

DBKL dalam kenyataan, berkata operasi dijalankan secara bersepadu dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut kenyataan itu, Ops Bersih adalah gabungan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara bersepadu terhadap kenderaan persendirian dan kenderaan perdagangan.

“Operasi memfokuskan kesalahan am trafik, tahap kebersihan kenderaan, pencemaran asap dan permit kebenaran mengangkut bahan (batu, tanah, simen, batu-bata, kaca, jubin ) menggunakan jalan awam sekitar ibu kota.

“Sebanyak 136 kenderaan diperiksa dan DBKL mengeluarkan 32 notis kompaun pelbagai kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974,” katanya.

Pada operasi sama, JSPT dan JAS turut mengeluarkan 36 kompaun atas pelbagai kesalahan kepada individu dan pemilik kenderaan dengan jumlah keseluruhan 68 kompaun dikeluarkan.

“Tindakan khas ini dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL dan agensi berkenaan,” katanya.

Loading...
Terkini