comscore
Tumpuan :
Nasional

Ops HRA: Pemandu bas ekspres positif syabu antara ditahan

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan. – FOTO: NSTP

IPOH: Seorang pemandu bas ekspres positif dadah jenis methamphetamine atau syabu antara yang ditahan melalui Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2024 yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak bermula 1 sehingga 20 April.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, suspek lelaki berusia 38 tahun itu diarahkan menjalani pemeriksaan air kencing ketika pemeriksaan depoh terminal bas dijalankan bersama pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Terminal Bas Amanjaya, dekat Meru Raya, di sini, beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri yang lalu.

Difahamkan, pemandu bas itu ditahan dan diserahkan kepada pihak AADK untuk siasatan lanjut.

Mohammad Yusoff berkata seramai 130 anggota JPJ Perak ditugaskan sepanjang Ops HRA 2024 dengan sebanyak 10,009 notis saman dikeluarkan sepanjang tempoh operasi.

395 kenderaan turut disita atas pelbagai kesalahan daripada keseluruhan 56,157 kenderaan yang diperiksa.

“Statistik masih menunjukkan jumlah kesalahan tertinggi yang dikesan adalah tiada lesen memandu iaitu sebanyak 2,780 kesalahan serta Lesen Kereta Motor (LKM) atau cukai jalan tamat tempoh, selain tiada perlindungan insurans (2,363 kesalahan),” katanya pada sidang media penutupan Ops HRA 2024 JPJ Perak di Jalan Sultan Iskandar, di sini malam tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini