comscore
Tumpuan :
Nasional

Aidilfitri: JPJ Selangor lancar operasi Ops HRA 2024

Oleh Hilmi Abdul Malik

PETALING JAYA: Sempena musim perayaan Aidilfitri, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mula melancarkan operasinya berkuat kuasa mulai 1 hingga 20 April.

Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 melibatkan unit Penguatkuasaan Bermotosikal serta kenderaan penguatkuasa.

Menurut Ketua Pengarahnya, Azrin Borhan, operasi itu bertujuan bagi memastikan kelancaran pergerakan sempena musim perayaan selain meneliti aspek pematuhan undang-undang jalan raya.

“Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan bermula 8-9 April 2024 dan 12-13 April 2024 bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya kearah mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan dalam tempoh HRA 2024 dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu katanya, operasi berkenaan juga merupakan salah satu langkah untuk memastikan kadar kemalangan dapat berada dalam tahap minima.

Dalam masa sama, orang ramai diingatkan agar sentiasa peka dengan undang-undang yang telah ditetapkan.

JPJ Selangor tegasnya, turut menumpukan kepada sembilan kesalahan utama antaranya tidak mematuhi had laju, tidak mematuhi isyarat lalu lintas, dan memandu di lorong kecemasan.

Ini termasuk kesalahan ⁠memotong barisan, menggunakan telefon bimbit serta tidak memakai tali pinggang dan topi keledar.

Ujarnya, JPJ juga akan menempatkan beberapa anggota serta kenderaan yang berada dalam penyamaran sebagai usaha untuk mengesan pihak yang melakukan kesalahan berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini