comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Orang ramai diminta tidak cemas sekiranya melihat pesawat TUDM dan ATM terbang rendah – TUDM

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memulakan latihan penerbangan taktikal secara rendah bagi persiapan sambutan Hari Kebangsaan bermula esok hingga 31 Ogos ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, TUDM memaklumkan pasukan itu telah dipertanggungjawabkan bagi mengetuai acara melibatkan segmen udara dan persembahan udara yang melibatkan pesawat miliknya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Antara aset terbabit termasuk pesawat pejuang, pesawat pengangkut, helikopter dan aset-aset udara pasukan keselamatan lain.

“Pesawat-pesawat udara yang terbabit dalam acara gemilang sambutan di peringkat negara ini akan memulakan latihan penerbangan taktikal bermula esok hingga 31 Ogos ini,” katanya.

TUDM juga berkata, sepanjang latihan dijalankan pesawat berkenaan akan menjalankan penerbangan secara rendah di beberapa kawasan khususnya sekitar kawasan Putrajaya dan ruang udara negeri Selangor.

“Orang ramai diminta tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau pesawat milik pasukan keselamatan lain melakukan penerbangan rendah sepanjang tempoh latihan,” katanya.

Loading...
Terkini