comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pesawat Beechcraft TUDM buat pendaratan cemas

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

PETALING JAYA : Sebuah pesawat jenis Beechcraft B 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang tengah hari tadi.

Dalam satu kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, pihaknya mengesahkan pesawat berkenaan telah melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang itu sekitar jam 1 tengah hari.

“Pesawat dari Nombor 16 Skuadron terbabit membawa empat anak kapal sedang melaksanakan latihan penerbangan yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada jam 11.27 pagi.

“Semua anak kapal yang terbabit selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihaknya juga akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, lapangan terbang terlibat juga mengumumkan penutupan sementara landasan bagi memudahkan prosedur pengalihan pesawat berkenaan.

Dalam hantaran Malaysia Airports di X, penutupan sementara landasan di lapangan terbang itu telah bermula dari tengah hari tadi sehingga jam 6 petang.

Terdahulu, sebuah video dikongsi di media sosial menunjukkan sebuah pesawat yang sedang melakukan pendaratan cemas.

 

Loading...
Terkini