comscore
Tumpuan :
Nasional

Paru-Paru, Usus Ainul Mardhiah Penuh Tompok Putih

Bapa kanak-kanak Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam perkongsiannya di Facebook.

PETALING JAYA: “Doktor kata dalam tempoh tiga hari jangkitan kuman dia sangat kuat dan pantas”.

Demikian menurut ayah kanak-kanak Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam perkongsiannya di Facebook.

Menurut Ahmad Safiuddin, doktor membuat keputusan untuk menggunakan ventilator ke atas Ainul memandangkan kuman telah pun merebak ke seluruh badan anaknya itu.

“Hari ini, doktor decided untuk support ainul guna ventilator sebab kuman/virus itu mula merebak hampir di semua tempat. Para doktor di sini buat sehabis baik, support apa yang diperlukannya.

“Sekarang ini kita hanya perlu tunggu dan berdoa, apakah respon tubuh ainul. Mohon doakan Ainul berjaya lawan ye. Ainul sekarang sedang tidur,” tulis beliau.

Jelas beliau, punca jangkitan kuman itu masih belum diketahui.

Katanya, Ainul ditahap kritikal akibat bukan sahaja akibat kuman, kemungkinan akibat jangkitan virus.

Menceritakan keadaan Ainul pada jumaat lalu, batuk anaknya itu di tahap biasa.

“Ainul mula tunjuk tanda pada hari jumaat lalu, itu pun hanya batuk tahap biasa dan secretion mula banyak. Tapi belum demam hari jumaat tu. Kami sudah bersedia dengan PCM jika demam, sebab ainul sebelum ini memang 2 3 kali pernah kena.

“Sebelum ini pun waktu COVID-19 mengganas, kami pergi klinik pakar kanak-kanak untuk periksa ainul.
So far apabila doktor tengok keadaannya, doktor kata boleh ambil antibiotik dan rawat di rumah dulu. Alhamdulillah, sembuh selepas tiga ke empat hari,” tulis beliau.

“Hari sabtu (hari kedua), Ainul mula muntah sedikit setiap kali feeding dan nampak dia tak aktif. Suhu meningkat sikit. Kami beri PCM dan tuam badannya. Kami mula beri ainul pump berwarna biru.
Sabtu tengah malam waktu feeding, Ainul muntah semua susu yang dia minum dan cirit birit. Begitu juga pada awal pagi ahad.

“Bila ahad pagi (hari ketiga) kami tengok keadaannya masih tak ok, kami bawa ke GP untuk buat pemeriksaan. Selepas diperiksa, GP terus minta bawa Ainul ke hospital segera,” katanya.

Ainul Mardhiah, 4, pernah mendapat perhatian ramai susulan kanak-kanak itu menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ dan kini sedang dirawat di Pusat Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU) sebuah hospital awam.

Loading...
Terkini