comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pasar raya diserbu, 128 pekerja warga asing dicekup

 

JOHOR BAHRU: 128 warga asing yang bekerja di sebuah pasa raya dekat Tampoi di sini, ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor jam 11 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan hasil maklumat diterima orang awam yang mengesyaki pusat membeli belah itu menggaji pekerja warga asing terbabit.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata semua warga asing berumur 15 hingga 59 tahun itu ditahan melakukan pelbagai kesalahan menerusi Op Jaja dan Op Belanja yang disertai 90 pegawai

Katanya, antara yang ditahan 51 lelaki dan lapan wanita warga Indonesia, 38 lelaki Myanmar, 11 lelaki Nepal, 13 lelaki Bangladesh, enam lelaki India dan satu lelaki Thailand.

“Pekerja asing terbabit didapati melakukan pelbagai kesalahan seperti tiada dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan” katanya kepada TV3 selepas mengetuai operasi berkenaan.

Ujarnya, semua yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Pasport 1966, Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sementara itu, beliau turut menegur sikap majikan yang lebih suka menggaji pekerja asing sambil menyarankan mereka menggunakan saluran yang sah menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang akan berakhir hujung tahun ini.

| ARTIKEL BERKAITAN 

Loading...
Terkini